Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


1st August 1957
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
1st August 1957



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 2-Jul-2007 06:06
RETRO MERDEKA




Menurut catatan di belakang gambar, ianya dirakam kan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Sungai Purun Estate,
Semenyih, Selangor.

Negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 pada 31hb Ogos 2007 ini. Sebagai menghargai jasa2 pejuang2 kemerdekaan yang telah bertungkus lumus bersabung nyawa dalam mendapatkan kemerdekaan samaada secara lansung atau tidak lansung, rasanya wajar kita paparkan wajah2 mereka sebagai kenangan2 untuk generasi akan datang.

Selama lebih kurang 447 tahun negara kita dijajah, pelbagai peristiwa pahit manis telah kita lalui, dari pemerintahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sehingga Pemerintahan Dharurat. Dari negara dunia ke 3 sehinggalah negara kita mencapai taraf sebagai negara membangun.

Kebanyakan diantara kita mungkin belum dilahirkan pada masa negara kita mendapat kemerdekaan. Mungkin pada ketika itu hanya datuk nenek atau ibu bapa kita yang ada dan terlibat dalam proses memerdekakan tanah air.

Mungkin ada diantara kita yang masih menyimpan gambar2 kenangan Pra merdeka atau sewaktu hari merdeka. Marilah kita paparkan imej2 itu untuk dikongsikan bersama.

ALFATIHAH untuk mereka yang telah pulang kerahmatullah.

Gambar2 yang dipaparkan disini terdiri dari gambar arwah ibu, arwah bapa, makcik dan pakcik saya serta rakan2 mereka yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan Auxilliary Police (AP), Special Constable (SC) dan dan Fedration of Malaya Police Force ketika menjelang & sesudah merdeka.


© Pidgin Technologies Ltd. 2016